Nuffnang say..

Wednesday, November 16, 2011

Tsunami OBES!!!

OBES..

Menurut surat khabar..atau senang nk kata menurut kajian yg RASMI telah dijalankan.
Malaysia adalah di tangga pertama dlm asean yg mana rakyatnya mempunyai OBESITI..
30% rakyat malaysia adalah berisiko OBESITI. Fakta ini diambil dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.
Mengikut the insider pula. "Malaysia adalah ranking pertama dalam asean dlm enam negara asean yang lain"
Owh..apakah puncanya.. dan yang bestnya menurut W. Aekplakorn and L. Mo-Suwan dari Faculty of Medicine, Ramithibodi Hospital
mengatakan bahawa obesiti di asean ini adalah sebagai "tsunami obesiti" ..sampai begitu teruk mengatakan tsunami..

Apa yang dikatakan OBESITI
- dalam istilah yang simple adakah KEGEMUKAN.
- dalam bahasa yang tidak disenangi adalah LEMAK TERKUMPUL dlm badan kita

Obesiti adalah satu fenomena yang mana seseorang itu mengumpul lemak berlebihan di dalam anggota badan nya dari tahap yang sepatutnya dan obesiti serik dikaitkan dengan GEMUK. tetapi harus diingatkan, Obesiti bukan diukur dari bentuk fizikal GEMUK tp tahap Body Mass Index (BMI)yang seimbang. Oleh itu, kita tidak bolehla katakan yang perut besar or badan besar itu obesiti. Tahap obesiti diukur dengan menggunakan BMI seseorang dimana nisbah berat seseorang itu dibahagikan dengan 2kali tahap ketinggian nya.

simple rumus : BMI = berat(kg)/Tinggi*Tinggi(m)

dan hasil rumus BMI ini di check mengikut specifikasi level BMI di bawah.

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater

tetapi harus diingatkan bahawa ibu mengandung tidak boleh menggunakan rumus ini..sendiri faham la kan.hehehe..kang terdouble plak berat badan. BMI ini secara logik nya adalah dikira sebaik2nya adalah kita sehari berpuasa dari makan minum means perut kita kosong seharian dan berat ini adalah ideal since air yang tersimpan dalam badan digunakan seharian. Bagi sesetengah general practioner especially pakar dan dietrician tidak setuju dengan penggunaan BMI ini. Namun, secara rawaknya, ukurun ini adalah terbaik.

Dah dua hari berturut-turut dlm siaran radio kuarkan pasal OBES OBES OBES dikalangan rakyat malaysia malah saya tertarik dengan pak nil yang cadangkan kepada satu pendengar utk mengira nisbah org yang difizikalnya OBES dengan org KURUS..Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat latihan NIOSH saya bleh plak terikut cakap pak nil dan hasilnya..dari pandangan sepantas lalu dapati,
dari 10 org..5Obes:3Kurus:2normal.. adoi adoi adoi..


Description tuk Orang OBES adalah:
  • Mempunyai berat badan 2 kali ganda berat berbanding ukuran ideal..contoh: ideal BMI adalah 50kg dgn ketinggian nya..tp berat skang 100kg..ish ish ish..
  • BMI lebih 30unit.
  • xtra berat sekurang-kurangnya 40-50kg berat badan sepatutnya.
  • mendapat penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis
  • gagal kekal kan bentuk badan walaupn dlm masa yang panjang dgn diet yg betul..


Bagaimana menangani OBES:
  • Pemakanan - Amalkan pemakanan yang sihat. Kekadang kehidupan kat bandar ni amatlah busy.memenatkan.Konon la penat..so xlarat la nk masak kat rumah..beli la makanan kat luar. Ada mcam2, nasi campur, benda ringan2,nasi lemak,roti canai etc dan tidak lupa juga fast food. Tahukah anda semua itu punca OBES dan penyakit2 lain??? even kita beli nasi campur pn, boleh dtgkan obes..Penjual guna minyak masak apa ye? Lebih minyak dari kuah. Kuah guna susu cair ganti kelapa tidak sihat..dan mereka juga kekadang gunakan perencah or barang2 murah. Benda-benda ini yang kurang kita perhatikan. Suap dan sentiasa suap. Makan nasi lemak..bkn awal pagi..tp malam2 pn bantai nasi lemak, malah extra lauk..ayam goreng.mlm plak tuh..nasib ko la yg dpt sakit.. duit bnyk & hati senang kan...at the end refer ospital & abis duit gak.. ;)
  • Gaya hidup yang sihat - Bersukan..Wajib! bersukan harus pada masa sekarang di mana, tatkala semua busy kat office..kita xbergerak dan menggunakan tenaga yang terhasil dari pembakaran makanan2 kita akan menyebabkan tenaga td convert kepada lemak. If lemak tersebut tidak juga digunakan maka ia akan kekal dan menjadi lemak jahat. Lemak jahat ini plak boleh mendatangkan penyakit kolestrol sekali gus..nah, penyakit Hypertension dan sebagainya. Bersukan hanya 30min se sesi dan 3kali seminggu sudah memadai.
  • Kawal Pemakanan Kalori In dan kalori Out - Ironik nya, perkara ini sangat susah dipantau oleh rakyat malaysia kerana mereka tidak memahami dan minda mereka masih di takuk " BRAND CONSCIOUS" yang mana mereka ni lebih gemar membeli ikut brand dari tgk "nutrition Facts" bagi setiap produk yang dibelinya. Ramai tidak menyedari yang brand popular itu adalah lebih kalori dan kandungan lemak dari yang brand biasa yang tidak popular. Perkara mudah dan tidak diamalkan. Lainkali, label produk tu tukar jek ada brand produk dan tarikh expired..
  • Amalkan pemakanan sayur-sayuran..Ramai rakyat malaysia ni amat jijik nk makan sayur2an..saya salah seorang nya yg takut nk makan sayur kat kedai-kedai makanan, persoalannya mcm2 bukan..sendiri tepuk dada..saya lebih suka makan sayur2an kat rumah. Bersih dan cara pemasakan nya juga tidak hilangkan vitamin2 yang ada dlm sayur tersebut.
  • Berpicnic , window shoping, atau jalan sama anak2 adalah satu riadah juga sekali gus sumbang kepada pembakaran kalori in.
  • Selain itu,tips parking kereta anda jauh sedikit dari office (tp make sure tmpat slamat dan terang utk ada reach to the car ) membolehkan anda terpaksa jalan ke tempat kerja..baik tuk kesihatan.
  • Sex << igt sex xbleh tangani OBES ke?? Sex juga adalah senaman..tp biarlah dh nikah bagi Islam dan yg non Islam ikut agama masing-masing.
  • Genetik - faktor ini ada gak kaitan nyer..lihat adik beradik makcik2 atuk2 kita..if dorang pn obes..kebarangkalian anda obes juga tinggi kerana faktor genetik, tetapi faktor ini boleh diatasi dengan diet pemakanan yang seimbang. Kerana parent atuk kita dh obes, dia pn bg kita makan dgn seleranya..kita kenala kawal pemakanan dan bersenam serta mendapatkan khidmat nasihat pakar.InsyaAllah boleh diatasi.

bg yg malas nk pegi gym atau kluar rumah utk bersukan. Ini tIPS berguna utk sukan tetapi sukan dalam bilik..^_^
1. Crunch - crunchkan abdomen, ala2 sit up tp xbgn habis ..amalkan bangun pagi/sblm tdo
2. cycling leg vertical - mcm kayuh basikal sambil kita baring.
3. Bermacam2 lagi senaman ..kena rajin surf..
4. last : Sex..

Semoga mendapat kesihatan dan kesejahteraan semua dari NYA..insyaAllah.


=======================================

out of topic.

Hari ini hari ketiga aku mengikuti kursus SHO.
mana pegi update kursus SHO hari pertama dan kedua..
jawapan dia..aku terbongkang lepas balik dari kursus..kui kui kui.
Ramai yang masih tidak mengetahui SHO itu amat penting dalam sesuatu industri.
Apa itu SHO?? jeng jeng jeng..SHO adalah Safety & Health Officer.
mungkin akan ada yang mengatakan SHO mcm org yang berkerja dengan kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mereka yang berdaftar as SHO di malaysia hanya ikut record adalah 4500 tetapi yang aktif hanya 2000+ SHO sahaja.dan yang betul-betul terlibat dalam related bidang OSH hanya 1000+ yang renew green book.

Mengapa & Kenapa perlu SHO?? Penting ke SHO??
esok aku smbng k....

Thursday, November 10, 2011

HEH HEH HEH..mengiklan kejap..

kengkawan..sila like n share this photo.. ;)

arahan:

1. Sila like page https://www.facebook.com/ministryofmoment dahulu sebelum vote..
2. then click link ini..vote LIKE...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=235210659877087&set=a.235199899878163.60988.114773941920760&type=3&theater

Jasa baik anda dihargai..weeeeee..syukran jazilan,arigato,che'che',terima kasih,nandri, merci...

Tuesday, November 8, 2011

Contest RM88

Owh..dh berabuk..n dh lama xupdate..
heeee..

kali ini entry menarik ni..mana xnyer..kali ni join pertandingan..1st pertandingan dlm blogger..hahaha
sblm ni xpenah masuk2..tp sbb AE ni buat pertandingan maka terusik tertimbul2 dan terexcited la nk join..
hadiah dia pn bernilai iaitu..RM88 PLUS..ada PLUS..itu yg kita nk tu..SATU TEMPAT DLM SEMINAR yg akan Dianjurkan oleh AE ini..

sapa xkenal AE?? sila lawat blog dia...klik kat gambar ini

http://abangensem.com/ << bg yg malas nk klik gambar..heh heh heh..

camna ekk aku bleh kenal AE ni??? kisahnya aku terbukak isu pasal hartanah & terbaca kat blog bdk kecik ni ASLAM.. dan sejak itu aku tgk2 jugakla blog ini utk membuka minda.. namun bkn itu sahaja..aku pernah dptkan khidmat nasihat tanpa bayaran ni dari AE..hahaha..termantap..Terima kasih daun keladi AE atas nasihat2 yg diberikan sblm ini walaupn simple jek ayat dia..yg pnting bukan dua tiga patah kata la....

AE : ni jawapan ku..

  1. B
  2. C
  3. A
  4. C
  5. B
  6. C
  7. B
  8. C <---- yang ini jawapan tricky..namun aku xsuka la menglebelkan org itu handsome atau x..bagi aku sama saja handsome atau x..yg pting hati mereka..semua mereka ini handsome..dan xkedekut ilmu..mmg terhandsome!!

agak2..menang duit tuh..dh bleh guna duit tambang nk ke seminar AE..dpt free seat..alhmdllah.. ;)

Sunday, September 18, 2011

soalan demi soalan

Bila..kat mana..dimana..kenapa..mengapa..

itulah kata2 soalan yang selalu akan seseorang bertanyakan kepada manusia..
apatah lg bila manusia ni dijadikan sebnrnya xla utk kecoh..tp sbb mulut tidak dijaga..hati tidak diajar dan minda tidak sensitif pada org lain..maka pelbagai soalan akan timbul.


soalan..dlm setiap2 tahun aku akan diajukan pelbagai2 soalan yg bodoh atau pn dungu atau pn pura2 concern atau pn senang kata nk riak2kan diri empunya yg bertanya soalan..

contoh soalan :

waktu sekolah:
bila abis PMR nyer..nnt dh abis PMR nk smbng kat mana? agak2 berapa result nya..
lepas kuar result : berapa resultnya..mengapa teruk sgt PMR nyer ni..kenapa jd camni..

pastu mula la bandingkan anak2 dia atau anak2 org lain yg xder kaitan ngn family..mak aku pn xder kaitkan atau bandingkan ngn anak2 org lain dari segi duniawi..klu akhirat nyer ilmu adalah..cett!! nk riak ngn nk kutuk org la tuh..
padahal anak sendiri lg teruk..haishh

Waktu sblm abis Degree:
belajar kat mana?? laaa..mengapa lambat abisnya..org lain dh abis belajar..pendek jek course..kamu ni memain ke..kenapa jd camtu? bila nk abisnya..

lepas abis degree:
keje kat mana..? la..nape xkeje kat tempat tuh,gaji tinggi..potpet2..
bila nk kawin..dah ada calon? memilih sgt ke?? mengapa xnk kawin etc..potpet2

masa buat keputusan smbng master:
kenapa nk smbng master? bila nk kawin nya nnt? tua dah..apalah yg ada master tuh..kawin jek xyah smbng2.. bila masa nk kawin nnt,nk cari pasanagn klu busy belajar..tgk anak si XXX..dh kawin..keje pn ok..dh pakai kete tu ini..rumah pn dh bole beli..anak dh ada 2-3org..
potpet2..ko parent aku ke nk bising2??? shut the f**k mouth! aku ada kecoh anak ko xmasuk Uni, keji kuli ???

masa smbng master beli kete :
uish..kamu ni buat keje apa ni beli keta smbil belajar..?? dlm hati aku.: ah suda org tua ni makan penyepak juga kang..duit akuaku nyer pasal la..
Nape beli kete mahal2 ni..
mengapa xbeli yg murah2..
wat pe membazir..
Aku rasa dia terkjut tgk aku pakai kete kut..hahahaha

masa dlm master:
bila nk kawin..wat pe tunggu2..dh tua nnt..org dlu kawin umur muda2..nnt dh kami ni xbleh jalan dh xder org nk pegang anak kamu,dtg majlis kamu..
do i care??? ko ke nk tlng nnt organize majlis?? lol..
suka ati aku la bila..

dan hingga seterusnya..

then after kawin mst soklan dia..
" bila nk dpt anak?? bila nk beli rumah(errrr..makcik..saya dh ada 3biji rumah..)
bila nk itu..mengapa lambat nk anak..itu ini itu ini..

soalan..manusia mmg xberubah hendak kepoci dan mengutuk padahal kain sendiri pn senteng!..otak pn mereng senteng mcm tuan dia..hishhh..problematic negara malaysia yg konon nk maju..

Selamat Hari Raya..selamat Sambut merdeka..saya xmerdeka lg..confirm..terasa dijajah ngn pelbagai anasir..

::: its just luahan..

Saturday, September 10, 2011

Thursday, September 8, 2011

7 sebab cepat lapar..

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Tuesday, September 6, 2011

9 perkara..bg yg telah menanggung 9bln

9 perkara yg suami perlu lakukan..semasa si isteri mengandung 9bln..semasa mengandung 9bln je ke?? agak2la semasa mengandung jek..klu bleh setiap masa..masa bersama adalah berharga bukan???

Mari tgk artikel yg di ambil dari iluvislam.com

9 perkara yg perlu SENSITIVITI si suami akan si isteri yg sedang sarat mengandung..

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan.

Usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana 'relaks' antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain.

Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada di samping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).

Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak di dalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama sembilan bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi ke mana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah enam bulan dan ke atas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul di kemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih, itu jauh lebih baik

9 perkara yg simple perlu dibuat utk tanggung hasil yg kita buat selama 9 bln ??? owh tidak..lakukan la 9 perkara simple ini setiap hari..insyaAllah akan diberkati dan bahagi kehendakNYA.. ckp mcm saya pernah berkeluarga..ehehehe..tp logic n statistic kajian say " YES, its APPROVED..u graduated! Yeay !!"insyaAllah i'll try to be suami yg baik dari pelbagai aspek..agama, keturunan, bangsa dan negara..

Sharing

Copy/sharing tru ILUVISLAM.COM

"Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.

Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.

Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.

-Artikel Iluvislam.com "


Hmmm...agak2 dlm akad nk kena sebut ke barang2 tersbut ..mst la kena sebut kan..pernah terpikir juga mahu meletakkan alquran utk mas kawin...

hantaran sperti lebih kepada hadiah..bkn mahar..

Bekalan utk suami..

Rasanya mst ramai yg tahu dan boleh teka dimana aku copy paste..for sure la muka buka..hehehe..

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."
Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah.. (petikan dari Ustaz Zamri)

apa pandangan korang ???
setahu aku la..dosa itu still ditanggung oleh si isteri ..tetapi disharekan kepada suami dia..
suami tanggungjawap dia bkn sahaja nafkah zahir n batin tp bab2 camni pn ptt diambil kira. Bkn mudahkan nk jd suami.

Moga isteri ku memahami kehendak isi hati ku..bkn nk mengongkong..<< eja betul ke?? , kehidupan isteri kita..
klu dia nk seksi2..tu dlm rumah kita dlm bilik kita pn boleh..kat luar..no way la kan..
solat kita igtkan2 sesama kita..
dlu nya..aku pn bkn la perfect pn bersolat ni..kekadang lambat..kekadang termiss sbb leka..duk skolah dlu pn ustaz duk kejar2 klu kitaorang lambat solat..takut kan kita termiss..bru tau apa tanggungjawap ustaz , berat amanah yg ditanggung ustaz tu..

insyaAllah..akan ku jalankan tugasku sehabis baik sebagai seorang insan bergelar..suami..dunia dan akhirat..

nape aku post benda ini ??? ..mengingati diri sendiri ini supaya bersedia lg.. ^_^

Wednesday, August 31, 2011

Raya again..

I hate raya actually..
y ??
bila tiba raya je..
normal jek perasaan ini..
sejak bila tah perasaan nk beraya ni ilang..tiada mood walaupn ku berjauhan..
puasa xpenuh?? xikhlas ?? owh come on..korang mana tau pose aku penuh or xikhlas..korang ni tuhan ke?
hehehe..so dun judge from or predict ikut suka2 kan..owh.tau la persepsi rakyat malaysia ni mcm2..

anywy..kena aku xbrapa suka beraya ye..sblm tiba raya..tiap2 tahun akan bermimpi bermain,manja2 ngn arwah nenek2 kesayangan ku..benci..bgn2 terasa basah jek bantal..benci time nk mandi ada jek yang terasa air bahang mengalir di mata..owh gosh..i hate this feeling..

tahun ni beraya mmg x fullhouse..parent g umrah..xper..dh biasa dlu raya haji pn camni jek..ok ja..
tp its like empty when missing sumone...ada kawan2 kat taman ni cakap..xper..nnt dh kawin rasa lain la tuh..
kena raya both side..bru ada feeling..
owh emm.. gee..xterbayang saya..

apa2 pn..selamat berhari raya kepada semua umat islam di seluruh dunia..
mohon maaf jika ada salah silap..

note: dah 2 thn..at least my raya rasa lain ngn ada nyer insan tersayang n terasa ada 2 mak n& 2 ayah..i love it!! cant wait to have the situation..

" abgggg..tahun ni raya mana.."
dgn kuasa veto aku..
"tahun ni raya kat umah ..." tp dengan adilnya la kan.. ;p

Tuesday, August 23, 2011

Terjawab juga!


Tadaaaaaa...

akhirnya..saat yang ditunggu2 telah tiba..namaku telah dilistkan..
ngeh ngeh ngeh..

setelah 2thn 4bln bertarung mcm org gila yg xckup nafas..
dgn constraint time bekerja..
dgn constraint time bergaji kecil membayar yuran yg gamak tinggi nk mampuih..
dgn constraint tanpa apa2 biasiswa..huiishhh..

akhirnya..saat yg ditunggu..bukan saat ditunggu nk convo..tp saat nk tunggu dpt surat senat
senang skit nk mengorak langkah lain..




semalam telah berbincang dengan senior2 dan seorang lecturer yg berstatus KONTRAK..beliau pn rasa tertekan dengan konsep universiti yg hanya focus pada ranking dan ingin mencapai KPI/KAI yg tah apa2 tak realisitik langsung..
lantas dia pn memberi hint agar segeralah mencari uni atau kerja lain ..dia pn xterikat ngn uni sbb dia tahu..org muda buat keje..org tua yg dpt nama..sian mereka..
*aku pn dh terkena..ckupla..buat masa ini..

peluang harap2 terbuka luar..aku ingin berkahwin..aku inginn berumah tangga dan settle down..ini target aku pas dpt scroll ini.. harap2 dipermudahkan insyaAllah..amin..

tp......

ini yg aku malas ni..hahahaha..
idup kat malaysia ni xpernah nk lekang ngn HUTANG..adoiyai..
td dh pegi SPS..mak aih..aku dichargedkan tuk sem khas..maka ada tambahan lg yuran..adoiiiiii!!!!!



masalah tul la...hishhhh

Saturday, August 13, 2011

Fuh..

Assalamualaikum & salam 1malaysia!

Hey guys..want to share you sumthing!

Did you guys noticed that how much/many calories should you eat at lunch??
did you know that if want to slim down or keep maintaining the weight , we need to keep out meal between 380-420 calories..
but ..take note that we eat at least 6times..breakfast, tea-break, lunch, hi-tea, dinner, and supper...
Guess what..the total of calories should be in ranging of 1600-1800 calories.
In fact, eating 400 calories meals daily fuels energy and revs metabolism while keeping calories in check. this
translates effortless to weight loss..

did u noticed, i highlighted any word above?? that the time that we need to eat properly.. ;)

Monday, August 8, 2011

Graph


amcm graph idup aku..ni tuk PhD okeh..tp tuk master kita shortkan la jd 4sem dari 8 sem..lebih kurang mcm ni la..
suck kan ??? tp nk buat camna..life..bersyukur dan redha adalah yg tepat..
*pasrah pasrah..

note: sakit ati bila org cakap.."eh aku buat master 1thn jek"..."aku buat master 1.5thn jek ..ko pahal lambat..mcm2 alasan" <<< annoying gila..

ko buat master duit sapa???? sapa support ???? ko buat master sbb apa ???? ko buat master full time atau parttime ???? dan yg paling penting.. ko buat master tuh master yg sama ngn aku ke???? so back off! jgn bnyk ckp...aku nyer duit,duit yuran all aku NYER DUIT..aku nyer reason,aku keje n smbil belajar..its my own decision.. ko xder hak nk mempertikaikan...u shud feel glad n syukur pada Allah ..jgn ckp besaq sgt!

Tahniah pada korang..aku xtau lg..

Alhmdullilah...

tahniah kepada geng2 yang telah berjaya akhirnya dinaikkan pangkat secara KERAHAN / PAKSAAN / PUSH2 dari kami semua.. akhirnya pendaftar telah membuka satu lagi skim dalam jawatan kami..

sedih x????

dorang yg baru dinaikan adalah yang telah bekerja selama 6-8thn di dalam utm dlm jwatan aku okeh..lamakan..hahahaha..
apala bakal nasib ku ini kan..so we need to move around la kan..
xkan nk tunggu 6-8thn baru nk pikir next step..
nnt bini pn dh jd specialist dh time tu..kita masih lg kat bawah..apa yg korang rasa kan..

segan??? confirm la segan..tipu la sapa cakap xsegan kan..laki mana yg xsegan bila nun isteri gila jauh sgt2 kehadapan.. kajian telah dibuat di malaysia..bg situasi ini..si laki tersebut akan behenti keje dan mencari kerja lain atau buat kerja gila as long over the bottle neck of the situation.. be average joe la..xkan nk duk bwh joe!..
sure la aku pn xmoh camtu kan..anywhere..aku jenis yg degil..even klu gaji/status dia tinggi mana pn..utk keperluan diri aku..i wont accept it from her!..aku rela ...muahahaha..ego x???

klu korang laki2 kata gila ego dan korang xego..nmpak sgt korang tipu dan berdusta..bulan pose ini..hahaha

ok..back to the story line..
skim baru telah diwujudkan..aku?? haruslah mencari peluang lain juga..tiada rasa utk stay di sini tuk lama2..paling lama pn insyaAllah 4-5thn la..skang ni pn dh nk masuk 3 thn pn.. ;) pasni boleh la search2, guna cable2 yang ptt..

usaha yg dilakukan skang utk masa depan telah dibuat..
Master ku insyaAllah jika tiada aral tahun ini grad..harap2 tiada komen panel penilai atau jawatankuasa senat..perpustakaan,majlis plgarism atau sebagainya..harap lulus la..dorang nk bentangkan pn pada jemaah jawatankuasa akan org2 yg nak naik pentas..
RM20 K ++ telah ku abiskan..yuran sahaja..xmasuk buku etc..hui hui hui..
satu pengorbanan yg ckup perit dan sgt2 la perit lg tuk maintain atas 3.0 tuk master di UTM ini..berat oooo.. syllabus xsama langsung ngn Uni lain..kredit bapak banyak..*complain2..
Dh boleh minta jd fellow asrama..harap2 dpt la jd fellow..can save alot!.. ;)
Mohon tempat kerja lain....

semua tu usaha..ketentuan dari NYA..moga dimurahkan rezeki ku ya Allah..amin..

Monday, July 25, 2011

1st card..

Akhirnya..ada kad kredit...
sib baik annual fees waive for 2 years..and the goverment tax/charge every year waives for 2years..
promotion given by SCB sbb guna loan mortage mereka..
Dpt plak platinum..mcm xcaya yg mana gaji setahun pn xcecah lg platinum rate for mastercard..gila nk 60K..saya half jek tuh..xlayak pn..tp sbb loyalty n nk bisness maka dorang pn bgla..

so aku xgores for anything yg stupid la..
Mohd Haffizzi..igt sapa diri anda,anda bkan gaji beriban2,bkn bisnessman or anak2 kaya..jgn suka mmbazir.. ;)
pesanan buat diri anda..

Saturday, July 23, 2011

cuti panjang..

Hmm..

apa nk buat eh..
tgk wayang sorang pasni start ari khamis smpai bila..

lets start wif
  • Transformers 3..last2 kena tgk sorang2 lg..yg lg sian..aku xtgk lagi..hmmm
  • Harry Potter 7 ep2- last2 pn kena tgk sorang2 gak..plan n janji nk tgk sama2..tp xperla..aku tgk sorang2 lg..
  • Captain America.. pn akan tgk ari khamis ni..better xyah plan nk tgk movie lg.. layan jekla sorang2..
kesimpulan..pasni mmg akan layan movie fav sorang2 la...

Alhamdullilah

Alhmdllah hillazi..alhamdllah syukran..

sebelah kaki dh jejak pentas..
tunggu supervisor..
tunggu senat..
tunggu lulus everything..
Done lg sebelah kaki akan jejak..

perlu bayar hutang ngn utm tuk 2 sem..
masak nk cari duit..LOL..
tangguh bleh x?? hehehehe

Tuesday, July 12, 2011

alkisah ubat kat malaysia

Alkisah smlm pagi2 lagi aku dh kena cam kejang la side muka..
idung ngn rahang menusuk sakit gila..
aku suspect cramp jek..
tp after biarkan kejap bru bleh release dan rasa lega skit..
mencucuk2 sampai ke pala otak..perghh..

then pagi tuh aku pn mamai dan pegi la siap2 nk pegi keje..
mst pegi..keje dh belambak..project xsiap lg..
abis2..pressure2..padan muka aku buat lambat2 lagi..hehehe
nnt buat phd jgn la delay2 n make sure apply FULL TIME..

so pegi la aku ke klinik panel. malas nk pegi kat klinik kesihatan UTM tuh..
aku tunggu turn, bru 1minit duduk nama dah di panggil..
aku masuk..
Doc perempuan : ye boleh saya bantu hafizi, sakit apa saudara..
Aku : *dlm hati..sure dia lebih tua sbb panggil nama..hahaha.. Saya tiada sakit apa2 sgt cuma sakit tekak dari ari jumaat petang..then isnin baru ada batuk2 dan selsema..last nite heavy la..
Doc: nganga mulut..ok..seem u terkena virus ni..*dia pn check temperature kat telinga aku.. abit high..tp xdemam sgt..
Aku: ok..mmg xdemam cuma rasa kebah2 camtu je..
Doc: ok saya bagi kamu ubat antibiotik ngn ubat batuk..dan selsema..
Aku : doc, saya keje xnk la bawak liquid2 ubat batuk..leceh..bagi lozenges ye..
Doc: owh..keje camtu saya bagi awak ubat lozenges dan selsema awak amik yg tuk malam la..nnt ngantuk time keje..
Aku : *dlm hati..ngantuk tido jek kat surau..LOL... ok doktor, boleh jek..
Doc: ok..makan ubat sampai abis..5hari xbaik2 dtg klinik semula takut virus kuat plak.. nk MC x??
Aku :*eh..dpt MC ..klu tau dpt MC baik aku lepak atau g klinik waktu kat KL aritu..LOL..
xperla doctor..saya kena keje arini dan seterusnya..ada keje dlm office skit..
Doc : ok..jika xd apa2 itu aja nnt amik ubat kat luar.
Aku: bg salam sambil senyum..

balik2.. report in kat doctor peribadi..then dia cakap ubat mahal..dan tiada kat klinik kesihatan ..mak aih..mmg mahal nmpaknya..lalu ditegur spya abiskan ubat gak..*sayang nk makan ubat tuh..bleh simpan tuk next

dan sbb aku terlalu rajin..aku pn search la ubat tersebut..
amik ko! clarinase imported baik pnya..satu tab pills EU dolar 52.00 = RM150...
perghhhhhhhhhhh
sib baik msuk dlm klinik panel..lega..

ubat yg aku bwk balik
Clarinase*24hr + Dequalinium Chloride+Sathoricin ES 400mg(erythromycin)+nasal Drop..
pheeeewwww...sib baik ada panel..klu xder panel pn aku g gak ospital kerajaan..LOL

Friday, July 8, 2011

Lelaki..sapa itu dia? Tulang rusuk mu..????

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Sumber:I Luv Islam

Wednesday, July 6, 2011

Menarik x??

Okeh..bg yang akan berkahwin dan hendak berkahwin..tetapi lebih ditujukan kepada mereka yg dah berkahwin dan ingin berpoligami...

......

Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya.

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA

p/s: tidak dinafikan lelaki mmg mempunyai keinginan utk berpoligami yang tinggi pada masa kini. Tp adil kah kita?? jika tidak adil dgn diri sendiri, family dan isteri maka lupakan saja keinginan itu...

Selak selak ..kuis kuis..