Nuffnang say..

Sunday, September 18, 2011

soalan demi soalan

Bila..kat mana..dimana..kenapa..mengapa..

itulah kata2 soalan yang selalu akan seseorang bertanyakan kepada manusia..
apatah lg bila manusia ni dijadikan sebnrnya xla utk kecoh..tp sbb mulut tidak dijaga..hati tidak diajar dan minda tidak sensitif pada org lain..maka pelbagai soalan akan timbul.


soalan..dlm setiap2 tahun aku akan diajukan pelbagai2 soalan yg bodoh atau pn dungu atau pn pura2 concern atau pn senang kata nk riak2kan diri empunya yg bertanya soalan..

contoh soalan :

waktu sekolah:
bila abis PMR nyer..nnt dh abis PMR nk smbng kat mana? agak2 berapa result nya..
lepas kuar result : berapa resultnya..mengapa teruk sgt PMR nyer ni..kenapa jd camni..

pastu mula la bandingkan anak2 dia atau anak2 org lain yg xder kaitan ngn family..mak aku pn xder kaitkan atau bandingkan ngn anak2 org lain dari segi duniawi..klu akhirat nyer ilmu adalah..cett!! nk riak ngn nk kutuk org la tuh..
padahal anak sendiri lg teruk..haishh

Waktu sblm abis Degree:
belajar kat mana?? laaa..mengapa lambat abisnya..org lain dh abis belajar..pendek jek course..kamu ni memain ke..kenapa jd camtu? bila nk abisnya..

lepas abis degree:
keje kat mana..? la..nape xkeje kat tempat tuh,gaji tinggi..potpet2..
bila nk kawin..dah ada calon? memilih sgt ke?? mengapa xnk kawin etc..potpet2

masa buat keputusan smbng master:
kenapa nk smbng master? bila nk kawin nya nnt? tua dah..apalah yg ada master tuh..kawin jek xyah smbng2.. bila masa nk kawin nnt,nk cari pasanagn klu busy belajar..tgk anak si XXX..dh kawin..keje pn ok..dh pakai kete tu ini..rumah pn dh bole beli..anak dh ada 2-3org..
potpet2..ko parent aku ke nk bising2??? shut the f**k mouth! aku ada kecoh anak ko xmasuk Uni, keji kuli ???

masa smbng master beli kete :
uish..kamu ni buat keje apa ni beli keta smbil belajar..?? dlm hati aku.: ah suda org tua ni makan penyepak juga kang..duit akuaku nyer pasal la..
Nape beli kete mahal2 ni..
mengapa xbeli yg murah2..
wat pe membazir..
Aku rasa dia terkjut tgk aku pakai kete kut..hahahaha

masa dlm master:
bila nk kawin..wat pe tunggu2..dh tua nnt..org dlu kawin umur muda2..nnt dh kami ni xbleh jalan dh xder org nk pegang anak kamu,dtg majlis kamu..
do i care??? ko ke nk tlng nnt organize majlis?? lol..
suka ati aku la bila..

dan hingga seterusnya..

then after kawin mst soklan dia..
" bila nk dpt anak?? bila nk beli rumah(errrr..makcik..saya dh ada 3biji rumah..)
bila nk itu..mengapa lambat nk anak..itu ini itu ini..

soalan..manusia mmg xberubah hendak kepoci dan mengutuk padahal kain sendiri pn senteng!..otak pn mereng senteng mcm tuan dia..hishhh..problematic negara malaysia yg konon nk maju..

Selamat Hari Raya..selamat Sambut merdeka..saya xmerdeka lg..confirm..terasa dijajah ngn pelbagai anasir..

::: its just luahan..

Saturday, September 10, 2011

Thursday, September 8, 2011

7 sebab cepat lapar..

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Tuesday, September 6, 2011

9 perkara..bg yg telah menanggung 9bln

9 perkara yg suami perlu lakukan..semasa si isteri mengandung 9bln..semasa mengandung 9bln je ke?? agak2la semasa mengandung jek..klu bleh setiap masa..masa bersama adalah berharga bukan???

Mari tgk artikel yg di ambil dari iluvislam.com

9 perkara yg perlu SENSITIVITI si suami akan si isteri yg sedang sarat mengandung..

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan.

Usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana 'relaks' antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain.

Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada di samping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).

Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak di dalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama sembilan bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi ke mana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah enam bulan dan ke atas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul di kemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih, itu jauh lebih baik

9 perkara yg simple perlu dibuat utk tanggung hasil yg kita buat selama 9 bln ??? owh tidak..lakukan la 9 perkara simple ini setiap hari..insyaAllah akan diberkati dan bahagi kehendakNYA.. ckp mcm saya pernah berkeluarga..ehehehe..tp logic n statistic kajian say " YES, its APPROVED..u graduated! Yeay !!"insyaAllah i'll try to be suami yg baik dari pelbagai aspek..agama, keturunan, bangsa dan negara..

Sharing

Copy/sharing tru ILUVISLAM.COM

"Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.

Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.

Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.

-Artikel Iluvislam.com "


Hmmm...agak2 dlm akad nk kena sebut ke barang2 tersbut ..mst la kena sebut kan..pernah terpikir juga mahu meletakkan alquran utk mas kawin...

hantaran sperti lebih kepada hadiah..bkn mahar..

Bekalan utk suami..

Rasanya mst ramai yg tahu dan boleh teka dimana aku copy paste..for sure la muka buka..hehehe..

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."
Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah.. (petikan dari Ustaz Zamri)

apa pandangan korang ???
setahu aku la..dosa itu still ditanggung oleh si isteri ..tetapi disharekan kepada suami dia..
suami tanggungjawap dia bkn sahaja nafkah zahir n batin tp bab2 camni pn ptt diambil kira. Bkn mudahkan nk jd suami.

Moga isteri ku memahami kehendak isi hati ku..bkn nk mengongkong..<< eja betul ke?? , kehidupan isteri kita..
klu dia nk seksi2..tu dlm rumah kita dlm bilik kita pn boleh..kat luar..no way la kan..
solat kita igtkan2 sesama kita..
dlu nya..aku pn bkn la perfect pn bersolat ni..kekadang lambat..kekadang termiss sbb leka..duk skolah dlu pn ustaz duk kejar2 klu kitaorang lambat solat..takut kan kita termiss..bru tau apa tanggungjawap ustaz , berat amanah yg ditanggung ustaz tu..

insyaAllah..akan ku jalankan tugasku sehabis baik sebagai seorang insan bergelar..suami..dunia dan akhirat..

nape aku post benda ini ??? ..mengingati diri sendiri ini supaya bersedia lg.. ^_^
Selak selak ..kuis kuis..