Nuffnang say..

Monday, July 25, 2011

1st card..

Akhirnya..ada kad kredit...
sib baik annual fees waive for 2 years..and the goverment tax/charge every year waives for 2years..
promotion given by SCB sbb guna loan mortage mereka..
Dpt plak platinum..mcm xcaya yg mana gaji setahun pn xcecah lg platinum rate for mastercard..gila nk 60K..saya half jek tuh..xlayak pn..tp sbb loyalty n nk bisness maka dorang pn bgla..

so aku xgores for anything yg stupid la..
Mohd Haffizzi..igt sapa diri anda,anda bkan gaji beriban2,bkn bisnessman or anak2 kaya..jgn suka mmbazir.. ;)
pesanan buat diri anda..

Saturday, July 23, 2011

cuti panjang..

Hmm..

apa nk buat eh..
tgk wayang sorang pasni start ari khamis smpai bila..

lets start wif
  • Transformers 3..last2 kena tgk sorang2 lg..yg lg sian..aku xtgk lagi..hmmm
  • Harry Potter 7 ep2- last2 pn kena tgk sorang2 gak..plan n janji nk tgk sama2..tp xperla..aku tgk sorang2 lg..
  • Captain America.. pn akan tgk ari khamis ni..better xyah plan nk tgk movie lg.. layan jekla sorang2..
kesimpulan..pasni mmg akan layan movie fav sorang2 la...

Alhamdullilah

Alhmdllah hillazi..alhamdllah syukran..

sebelah kaki dh jejak pentas..
tunggu supervisor..
tunggu senat..
tunggu lulus everything..
Done lg sebelah kaki akan jejak..

perlu bayar hutang ngn utm tuk 2 sem..
masak nk cari duit..LOL..
tangguh bleh x?? hehehehe

Tuesday, July 12, 2011

alkisah ubat kat malaysia

Alkisah smlm pagi2 lagi aku dh kena cam kejang la side muka..
idung ngn rahang menusuk sakit gila..
aku suspect cramp jek..
tp after biarkan kejap bru bleh release dan rasa lega skit..
mencucuk2 sampai ke pala otak..perghh..

then pagi tuh aku pn mamai dan pegi la siap2 nk pegi keje..
mst pegi..keje dh belambak..project xsiap lg..
abis2..pressure2..padan muka aku buat lambat2 lagi..hehehe
nnt buat phd jgn la delay2 n make sure apply FULL TIME..

so pegi la aku ke klinik panel. malas nk pegi kat klinik kesihatan UTM tuh..
aku tunggu turn, bru 1minit duduk nama dah di panggil..
aku masuk..
Doc perempuan : ye boleh saya bantu hafizi, sakit apa saudara..
Aku : *dlm hati..sure dia lebih tua sbb panggil nama..hahaha.. Saya tiada sakit apa2 sgt cuma sakit tekak dari ari jumaat petang..then isnin baru ada batuk2 dan selsema..last nite heavy la..
Doc: nganga mulut..ok..seem u terkena virus ni..*dia pn check temperature kat telinga aku.. abit high..tp xdemam sgt..
Aku: ok..mmg xdemam cuma rasa kebah2 camtu je..
Doc: ok saya bagi kamu ubat antibiotik ngn ubat batuk..dan selsema..
Aku : doc, saya keje xnk la bawak liquid2 ubat batuk..leceh..bagi lozenges ye..
Doc: owh..keje camtu saya bagi awak ubat lozenges dan selsema awak amik yg tuk malam la..nnt ngantuk time keje..
Aku : *dlm hati..ngantuk tido jek kat surau..LOL... ok doktor, boleh jek..
Doc: ok..makan ubat sampai abis..5hari xbaik2 dtg klinik semula takut virus kuat plak.. nk MC x??
Aku :*eh..dpt MC ..klu tau dpt MC baik aku lepak atau g klinik waktu kat KL aritu..LOL..
xperla doctor..saya kena keje arini dan seterusnya..ada keje dlm office skit..
Doc : ok..jika xd apa2 itu aja nnt amik ubat kat luar.
Aku: bg salam sambil senyum..

balik2.. report in kat doctor peribadi..then dia cakap ubat mahal..dan tiada kat klinik kesihatan ..mak aih..mmg mahal nmpaknya..lalu ditegur spya abiskan ubat gak..*sayang nk makan ubat tuh..bleh simpan tuk next

dan sbb aku terlalu rajin..aku pn search la ubat tersebut..
amik ko! clarinase imported baik pnya..satu tab pills EU dolar 52.00 = RM150...
perghhhhhhhhhhh
sib baik msuk dlm klinik panel..lega..

ubat yg aku bwk balik
Clarinase*24hr + Dequalinium Chloride+Sathoricin ES 400mg(erythromycin)+nasal Drop..
pheeeewwww...sib baik ada panel..klu xder panel pn aku g gak ospital kerajaan..LOL

Friday, July 8, 2011

Lelaki..sapa itu dia? Tulang rusuk mu..????

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Sumber:I Luv Islam

Wednesday, July 6, 2011

Menarik x??

Okeh..bg yang akan berkahwin dan hendak berkahwin..tetapi lebih ditujukan kepada mereka yg dah berkahwin dan ingin berpoligami...

......

Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata, wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara, termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi, maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata, demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, semalam.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri menghidap penyakit yang boleh menghalang suami bersetubuh dengannya.

“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: “Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam, maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam,” katanya. – BERNAMA

p/s: tidak dinafikan lelaki mmg mempunyai keinginan utk berpoligami yang tinggi pada masa kini. Tp adil kah kita?? jika tidak adil dgn diri sendiri, family dan isteri maka lupakan saja keinginan itu...

Bengkel..aduhai

apa ekk yg menarik arini..
owh..bengkel..
hahaha..

Premis 1 : Penerangan tentang pengurusan projek.
premis 2 : Pengenalan2 borang

Conclusion bengkel : arini sesi isi borang..tiada pengisian..

worst ever!

tp apa yang best..adalah..MAKAN..makanan..hahahaha

Tuesday, July 5, 2011

PRIMA yg tricky

Pelaburann harta tanah..

Skim yg baru dilancarkan oleh dato jib kita tuh..

PRIMA ..
agak panas ati gak aku bila dia cakap skim ini..
gaji dari 2500-6000..apakah maksd sederhana??? phffftttt...
ok..
dlm skim ini agak tricky..

cakap utk org yg baru hendak membeli rumah pertama..
tp xnyatakan plak ..kepada yg telah membeli rumah boleh apply x??xbleh beli gak ke??..any term clausa????

bgus lokasi2 prima ini..sayang aku dh beli rumah n loan pn rasa xlepas..boleh nk beli tp nnt aku tercungap2 nk bayar loan..

sedkit info pasal PRIMA..

  • basic gaji 2500-5000..kunun la..
  • 105% pinjaman termasuk MRTA..
  • duti setem waive
  • lokasi menarik..
  • keluasan dari 800+kps > 1000+kps
  • 30thn pnjaman max
  • harga start dari RM150k to 300k
  • apartment & ada project yg landed nnt..

angan2 aku mmg nk beli..tp xmampu..tgk jela..

Bersabar duhai hati..<< kata2 jek

Bersabar lah duhai hati..

Bila mana

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Premis 1 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Premis 2 :
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Conclusion : Bersabar lah wahai hati..insyaAllah..

Segala Mungkin

" Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. "

" Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. "

segalanya..segalanya..segalanya..tiada yg memahami langsung..igtkan transformasi yg telah aku lakukan berubah dari satu kawasan ke daerah dan mengelak lg sesuatu yg tidak diingini maka berubah arah lagi skali ke satu daerah..namun..tidak juga..rasa rebah tatkala baru nk bangun bertatih..

pernah terdetik..apala dosa yg telah aku lakukan dahulu sampai lagu ni beratnya..ranjau sungguh..bak kata mathlutfi, kan bguih klu jd orang ulama/wali allah..doa jek nikmat turun doa jek nikmat turun..tp tersirat dlm kata2 dia, dia balikkan scenario kepada....try to follow illegal immigrant..sapa xfaham g cari video mat luthfi pasal "mari merungut malaysia"

hmmmm....biarla..hanya tuhan saja yg tahu perasaan ini..suka duka dlm derita ke apa ke..
bestkan bangun2 dlm perjalanan ke tempat keje..tenang jek angin..pastu matahari sebesar2 naik pelan2..ada awan plak skit2 halang n cahaya tembus..pastu sekor burung melintas terbang, patah balik n terbang terus tinggi ke udara ilang dari my sight.. hmmm..bestnya jd burung tuh..*apa plak aku nk jd haiwan..aku buat perumpamaan je.. bebas bebas buat seketika..lazy eyes mode for awhile..

segalanya mngkin...
Selak selak ..kuis kuis..