Nuffnang say..

Thursday, September 8, 2011

7 sebab cepat lapar..

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Tuesday, September 6, 2011

9 perkara..bg yg telah menanggung 9bln

9 perkara yg suami perlu lakukan..semasa si isteri mengandung 9bln..semasa mengandung 9bln je ke?? agak2la semasa mengandung jek..klu bleh setiap masa..masa bersama adalah berharga bukan???

Mari tgk artikel yg di ambil dari iluvislam.com

9 perkara yg perlu SENSITIVITI si suami akan si isteri yg sedang sarat mengandung..

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan.

Usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana 'relaks' antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain.

Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada di samping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).

Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak di dalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama sembilan bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi ke mana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah enam bulan dan ke atas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul di kemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih, itu jauh lebih baik

9 perkara yg simple perlu dibuat utk tanggung hasil yg kita buat selama 9 bln ??? owh tidak..lakukan la 9 perkara simple ini setiap hari..insyaAllah akan diberkati dan bahagi kehendakNYA.. ckp mcm saya pernah berkeluarga..ehehehe..tp logic n statistic kajian say " YES, its APPROVED..u graduated! Yeay !!"insyaAllah i'll try to be suami yg baik dari pelbagai aspek..agama, keturunan, bangsa dan negara..
Selak selak ..kuis kuis..